Detox Foot Patch
Reward Points: 1
Availability: In Stock
100 or more RM0.85 per unit
150 or more RM0.80 per unit
200 or more RM0.75 per unit

Harga | Cara Pembelian | Bincang



Sauna adalah satu cara mengeluarkan peluh bagi orang yang malas bersenam. Tapi kena la keluarkan duit, cari masa yang free untuk pergi spa untuk bersauna/bertangas.
OK, sekarang soalan kuiz untuk anda - kenapa kita perlu keluarkan peluh?
Jawapannya ialah ...

Toksin ini sebenarnya ialah bahan beracun dalam badan, yang terkumpul daripada pelbagai sumber, contohnya makanan (seperti semburan racun pada sayur-sayuran, suntikan pada ayam, klorin dalam air paip), pencemaran udara (asap kenderaan, asap rokok) dan sebagainya. Cara semulajadi yang terbaik untuk mengeluarkan toksin ialah dengan mengeluarkan peluh, sama ada dengan cara bersenam atau bersauna.


Masalah kesihatan biasa yang dikaitkan dengan pengumpulan toksin dalam badan termasuklah :
- Sering keletihan
- Daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit : jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher, sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah - tangan atau kaki sejuk
- Kitaran haid tidak teratur/putus-putus
- Masalah penghadaman, senak dan loya
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat
|
|
Ada satu penyelesaian alternatif bagi masalah di atas. Bukan saja fungsinya sama (mengeluarkan peluh = toksin), malah memberikan kesan ekstra. Caranya ialah dengan menggunakan


Toksin dan bahan-bahan beracun yang lain akan keluar bersama peluh pada kaki, dan bertindak balas dengan bahan dalam detox foot patch memberikan warna hitam.




Fungsi sebenar detox foot patch ini adalah untuk mengeluarkan peluh di tapak kaki, yang mana tapak kaki mempunyai banyak point-point yang berkaitan dengan organ badan.
Bahan-bahan dalam detox foot patch berfungsi memanaskan kaki dan seterusnya menyerap peluh (bersama toksin) yang keluar. Kaedah seperti ini adalah lebih selamat berbanding mengambil ubat-ubatan kerana ia digunakan di bahagian luar badan sahaja.


Selepas 26 tahun penyelidikan, satu formulasi ramuan campuran cuka buluh, cuka kayu dari pokok oak, beech, sakura dan bahan-bahan semula jadi yg lain didapati mempunyai keupayaan daya meresap toksin melalui kulit. Ramuan ini berupaya utk melakukan proses nyahtoksin (detoxin).

Antara kandungan utama adalah :
Cuka buluh (bamboo vinegar) :
Bahan ekstrak didapati daripada kondensasi Arrow Bamboo (Pseudosasa Japonica) yang dipanaskan hingga 250°C dan menjalani pemeringkatan 5 kali serta diperam selama 6 bulan. Membantu dalam pelepasan bahan toksin dari sistem badan dengan berkesan.
Cuka kayu (oak vinegar) :
Bahan ekstrak didapati daripada kondensasi kayu Ubame Oak yang dipanaskan hingga 250°C dan menjalani pemeringkatan 5 kali serta diperam selama 6 bulan. Membantu proses penyerapan bahan toksin badan melalui kulit dengan berkesan.
Chitosan :
Ekstrak cengkerang 'crab shrimps' yang merupakan bahan perangkap toksin, gris, logam berat, lemak dan minyak. Mengikat kolestrol LDL (rendah) dan HDL (tinggi) sehingga 10% dan baik bagi mengurangkan berat badan.
Tourmaline :
Sejenis galian atau permata yang dapat menjana negatif ion dan cahaya infra merah jarak jauh yang merangsangkan titik refleks pada tapak kaki, seterusnya memberikan kesan yang sama seperti urutan refleksologi.
Cornstarch :
Medium pengikat dan pemegang bahan-bahan aktif dan memanjangkan tempoh hayat dan kesan aktif tindak balas produk.


Tahu kan apa itu refleksologi?
Kebanyakan titik akupuntur manusia terkumpul di tapak kaki (juga di tapak tangan). Cuka buluh yang terdapat dalam foot detox patch bertujuan untuk merangsang titik-titik akupuntur badan dalam proses menyahtoksin dan membuang lebihan lembapan badan seperti yang diamalkan dalam perubatan tradisi Asia seperti bekam dan urut tapak kaki. Tourmaline pula boleh merangsang titik-titik refleks.
Oleh kerana foot detox patch diletakkan pada tapak kaki, anda boleh


Letak pada bahagian ATAS tapak kaki jika anda ingin target bahagian bahu dan paru-paru; bahagian TENGAH tapak kaki untuk organ perut, pankreas, hati dan buah pinggang; dan bahagian BAWAH tapak kaki untuk organ usus (sistem perkumuhan).


Detox foot patch yang dijual adalah jenama Jun Gong dari Korea Selatan, antara pengeluar detox foot patch terkemuka yang terjual di seluruh dunia. Terdapat 10 keping (5 pasang) dalam 1 kotak.

Untuk dijual dengan harga yang lebih murah, detox foot patch di SihatSelalu.biz tidak dijual dalam bentuk kotak, tapi dalam bentuk loose pack yang kami bungkus sendiri dalam plastik. Satu plastik mempunyai 2 keping (1 pasang).
Ada 2 jenis detox foot patch di sini, iaitu :




Walaupun harga slimming gold detox foot patch ini sepatutnya lebih mahal daripada yang biasa, tapi kami menjualnya dengan HARGA YANG SAMA dengan yang biasa!!




Sila lihat video di bawah untuk lebih jelas.
Kalau risau pelekat tercabut (terlalu 'aktif' waktu tidur), dinasihatkan agar memakai stokin.
Gunakan secara berterusan (5 hari pakai, 2 hari berhenti, dan seterusnya. Tak sampai RM50 pun sebulan!!). Jadikan amalan untuk kesihatan berpanjangan.
Kesan adalah bergantung kepada individu, tidak sama untuk semua orang. Bergantung kepada keserasian.
Untuk pertama kali pakai, disarankan guna dahulu sebanyak 10 pasang (20 keping), iaitu 5 hari pakai, 2 hari berhenti dan 5 hari pakai. Jika ada perubahan positif, anda boleh teruskan sebagai amalan. Jika tiada, terpulang pada anda untuk berhenti.


Ada di kalangan rakan-rakan online yang pernah menggunakan detox foot patch. Sila baca catatan mereka di bawah.
-
http://azymemyza.blogspot.com
Perjalanan ehem ehem aku lancar jer. Badan aku pon segar jer bila bangun pagi. -
http://ezatuleliza.blogspot.com
I experienced a very fresh morning after using this foot patch, serius tak tipu. -
http://starscreamaisyah.blogspot.com
Saya rasa tak mengantok. Saya terjaga dari tidur pukul 6.45, rasa macam tak nak tidur dah, hehe. Kaki pun rasa ringan la sikit. -
http://coklatmasammanis.blogspot.com
Pagi ni, I pun timbang, dan berat I takde lah berkurang sampai sekilo, tapi berkurang lah jugak, 300gram youuuuu.
-
http://muniqazrina.blogspot.com
Proses 'pembuangan' aku skrg ni dh berjalan lancar. Bila bgn pagi aje, terasa 'fresh' aje diri nih. -
http://kedaionline-saya.blogspot.com
Kaki tak sakitt mencucuk2 sgt macam dulu. Sebelum ni saya mesti berhenti kejap2 sbb tak larat nak jalan. -
http://www.ridzuanrichie.com
Memang tak dinafikan badan rasa selesa masa bangun tidur. Tu yang bangun sampai tengah hari tu.

-
http://groundnutsikacangtanah.blogspot.com
Badan ada rasa ringan-ringan sikit, kurang la juga sakit-sakit kat kaki aku ni. -
http://coretanmayaku.blogspot.com
Fuh...hitam betullah. Banyak betul toksin ada dalam tubuh aku ni. Kena singkirkan semua toksin2 ni. -
http://sha-noraishah.blogspot.com
Tengok patch abah..semua jadi hitam kan?

-
http://norainiammran.blogspot.com
Bila bangun tidur, memang rasa segar. Tak tahu laaa ini faktor psikologi ke apa. Tapi, memang rasa kaki tak sakit. Kalau berdiri dua jam direct kat kelas pun kira ok lagi. Tak sakit kaki... -
http://suhaidahassan.blogspot.com
Now tiap2 malam selalu pakai Detox foot patch tu dah kurang sikit. Seharian jalan jalan semalam tak sakit pun kepala. Kalau dulu balik balik mesti sakit. -
http://kuchenghitam.blogspot.com
Terkejut. Terkujat. Tergezut. Tanjat boboi. Ceh. Memang aku dah expect the color will be black color and a bit watery. Nak kata apa lagi kan? Memang banyak gila toksin dalam badan aku ni. -
http://missedamisha.blogspot.com
Aku start pakai benda ni iaitu detox foot patch ... SANGAT BERKESAN UOL !! mmg turun beberapa kg gak la ... -
http://rashlyzz.blogspot.com
After woke up from sleeping, we both feel fresh and easy to get up. And I could say for the whole day, I feel more energetic dan x penat. Haha.. -
http://asyazain.blogspot.com
tapi lepas banyak kali pakai,kite da mula rase perubahan.. dulu kalau bangun tido, pemalas Ya Rabbi nak bangun.. bile pakai mende ni,bangun pagi pun rasa segar je.. ringan je badan tahu..

-
http://syukdarin.blogspot.com
u know what... dlm seminggu i pakai... bdn ringan sangat and... betis terbentuk... best2... -
http://princessofhemp.blogspot.com
Ada banyak kali lagi aku try pakai dan ternyata memang bagus. Badan rasa ringan dan nak tidur pun senang. Rasa nyaman..... fuuhhhhhh..... -
http://yurnyurn.blogspot.com
tapi aku teruje untuk memakai koyok kaki tuh.. korang nak tahu sebab aper.. ble pakai tuh putih bersih jew.. ble dah bangun pagi,pastuh bukak jew.. YAALLAH.. betul kew? hitam amat...ish...ish...

![]() Hanya RM1 sekeping! Minimum pembelian 20 keping. Sila tebus point untuk lebih jimat. Point Produk Anda akan mendapat 1 point bernilai RM0.05. Point boleh digunakan untuk penjimatan pembelian seterusnya. Kos Penghantaran Semenanjung Malaysia : RM5 Sabah / Sarawak : Bergantung kepada kawasan Sila rujuk Panduan Umum - Penghantaran untuk maklumat lanjut. * cash-on-delivery di Skudai, Johor dan kawasan sekitar Diskaun Jimat Lebih jimat jika anda beli lebih! 50 keping ke atas : RM0.90 sekeping 100 keping ke atas : RM0.85 sekeping 150 unit ke atas : RM0.80 sekeping 200 unit ke atas : RM0.75 sekeping Harga diskaun ini untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak |


Tempahan boleh dibuat dengan cara berikut :
- Log-in dan kemudian ikuti langkah-langkah pembelian (add to cart - shopping cart - checkout).
-
Atau bagi anda yang tidak biasa dengan sistem pembelian online, sila hantar SMS ke 019-7194049 dan taip maklumat di bawah :
foot patch <bilangan> <nama> <negeri> - Atau maklumkan pesanan anda melalui e-mel ke sihatselalu.my@gmail.com atau ruangan Contact Us. Nyatakan nama, nombor telefon, alamat, produk dan bilangan.
Maklumat seterusnya (jumlah bayaran, no akaun bank) akan dimaklumkan melalui SMS/e-mel. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di panduan Cara Pembelian.



Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:










