Follow SihatSelalu
  
 
 
Hotline


019-7194049



sihatselalu.my@gmail.com
Syampu Nutri-M Anti Rambut Gugur Kolagen Ephyra Oceanlife Gugu Bedung Bayi Moden Kacip Emas Penawar Kencing Manis

Salam Perkenalan



Assalamu'alaikum wrt / Selamat sejahtera,

Saya adalah seorang PENGGUNA seperti anda.

Sebagai pengguna, seringkali kita mengalami kesukaran membuat pilihan produk yang harus dibeli, terutamanya produk kesihatan dan kecantikan. Di pasaran, terdapat terlalu banyak produk yang hampir sama dan masing-masing mengatakan produk merekalah yang terbaik.

Kadang-kadang, selepas kita dah mencuba tiga empat produk, barulah kita berjumpa dengan produk yang betul-betul bagus, berkesan dan memuaskan hati.

Kebiasaannya, apabila saya bertemu dengan produk sebegitu, saya akan berkongsi maklumat tersebut dengan saudara-mara dan rakan-rakan. Apabila mereka juga berpuashati dan mendapat kesan positif, saya turut tumpang gembira.

Setelah perkara yang sama berlalu beberapa kali, saya terfikir, bukankah lebih bagus jika ianya dikongsi dengan lebih ramai orang? Daripada idea itulah saya memulakan SihatSelalu.biz.

Oleh itu adalah dijamin bahawa produk-produk di SihatSelalu.biz adalah produk yang bagus, berkualiti dan berkesan, sama ada daripada pengalaman saya sendiri atau rakan-rakan.

Pengalaman rakan-rakan internet turut saya ambil kira, terutamanya para blogger yang berkongsi kisah 'testimoni' mereka.

Sebagai pengguna, kita perlu ada hak kebebasan memilih dan membuat perbandingan. Jika anda ahli kepada satu syarikat MLM, anda mungkin terikat dengan produk syarikat tersebut, walaupun produk yang sama daripada syarikat lain adalah lebih bagus.

SihatSelalu.biz tidak akan terikat dengan pemilihan produk daripada satu syarikat sahaja.

Produk di SihatSelalu.biz mungkin mudah diperolehi di kedai-kedai biasa dan anda tidak perlu membelinya secara online. Tiada masalah, apa yang penting ialah perkongsian maklumat tentang kebagusan produk tersebut.

Jika anda turut ingin berkongsi produk bagus yang anda sedang/pernah guna, anda boleh maklumkan di ruangan Contact Us.

Semoga anda sihat selalu!







Salam hormat dari

Pn. Meed
HH Mesra Resources
SihatSelalu.biz


 

SihatSelalu.biz © 2017