Tungku Elektrik
Reward Points: 29
Availability: In Stock
5 or more RM22.00 per unit
10 or more RM19.00 per unit

Harga | Hadiah Percuma | Cara Pembelian | Bincang



Bertungku menggunakan batu atau botol air panas amat berisiko jika tidak dilakukan dengan cermat.
Batu sungai perlu dipanaskan dengan berhati-hati, kerana jika terlalu panas, batu boleh pecah. Ia memakan masa yang lama untuk dipanaskan dan perlu dipegang dengan baik kerana jika jatuh, lantai boleh pecah dan badan boleh sakit (jika jatuh atas badan). Tapi masalah yang paling utama ialah
|
|
Bagi wanita yang senggugut, amalan biasa ialah letakkan air panas dalam botol, kemudiannya diletakkan di perut. Bagaimana bagaimana kalau air panas tumpah ke atas perut?
Sebagai alternatif, SihatSelalu.biz memperkenalkan

Inovasi terbaru tungku yang sangat baik untuk kesihatan sekeluarga.

Bertungku sememangnya merupakan satu cara perubatan yang diperakui sains - lebih dikenali sebagai terapi haba. Sila baca artikel tentang terapi haba di bawah


Berbanding dengan tungku biasa, tungku elektrik adalah lebih :
- Mudah digunakan - dipanaskan menggunakan elektrik
- Cepat - kurang 5 minit untuk dipanaskan
- Mudah dibawa ke mana-mana
- Tahan lama - kepanasan bertahan selama 2 hingga 4 jam
Tungku elektrik mempunyai 2 lapisan kain, oleh itu ia tidak akan bocor dengan mudah


- Wanita bersalin
- Mengeluarkan angin
- Mengurangkan lenguh (sendi, lutut, pinggang dsb)
- Melegakan sakit badan (leher, bahu, belakang dsb)
- Melegakan sakit senggugut
- Memanaskan badan
- Memecahkan lemak
- Mengurangkan masalah perut kembung


Caj tungku elektrik sehingga lampu terpadam secara automatik.


Kemudian letakkan tungku pada bahagian badan.


Sila lihat video di bawah untuk lebih jelas.

Ada di kalangan rakan-rakan online yang pernah membeli dan menggunakan tungku elektrik. Sila baca catatan mereka di bawah.
-
http://ceriterakie.blogspot.com
senang jer nak guna.. nak cas pun sekejap jer x sampai pun 5 minit tapi panas dia tahan lama..tu yg best.. aku suka guna nie.. leh reduce sakit2 pinggang aku nie (cam le dah tua sangat kan).. yg best nye angin2 semua keluar.. haha.. macam2 angin ada... segar rasa badan... -
http://syiizz.blogspot.com
senang nak bawa, tak sama cam tungku batu or besi..dan fungsinya tetap sama dengan tungku batu or besi tu.. yang yang ini cas je guna kuasa elektrik.. terus panas.. sedap sangat bila ditelakkan di pinggang dan urat punggung.. selesa sebab ianya berbentuk bantal.. senang jugak nak diletakkan di bahu or mana-mana bahagian badan yang lain.. then bila try letak dekat pinggang dan urat punggung, fuuhhhh, sedap sangat, rasa bahang panasnya sampai ke betis dan kaki.. rasa lenguh-lenguh pinggang pun hilang bila duduk lama-lama di pejabat..

-
http://ehemsz.blogspot.com
Tungku ni lagi senang pasang kat plug then charge jer bila api merah da padam. Boleh guna tanpa was-was.. -
http://nopija.blogspot.com
Tapi sekiranya kita mengalami kekejangan otot boleh la dituamkan dengan tuala panas. Atau skang ada yg pesen baru tu..alat tuam yg dipanggil 'Bantal Panas & Tungku Elektrik'.. -
http://dapurkakjee.blogspot.com
Elok untuk mereka yang dalam pantang lepas bersalin, yang hendak tuam bahagian2 badan yang sakit dan yang lenguh2 sendi. Elok juga untuk panaskan badan kalau kita kesejukkan. Ada kawan kjee kata elok juga untuk kuruskan badan. Hah? Camner? -
http://rysareesanasir.blogspot.com
Papa Nasir suka bertungku dengannya. Waktu demam baru-baru ini dia asyik bertungku sampai kebah. Babang pun suka juga, sambil baring main PSP atau iPad dia akan letak kaki atas tungku tu. Amboi, amboi.... tapi waktu ia sudah kurang panasnya. Selepas bertungku dengannya kita akan rasa gatal-gatal. Orang tua kata itu tandanya pecah angin dalam badan dan mungkin juga toksik. Apa yang saya rasa, Emak Enon pun rasa yang sama. So, betullah tu... -
http://noorul-lensaphoto.blogspot.com
Tungku moden yang sangat berguna. Memang panas n best bila bertungku... Tapi kena balut dengan kain sebab SUPER HOT OK... nnt melecur pulak kulit perut.. hahaha. Lepas balut boleh start bertungku. 4 times a day (pagi, tengah hari, sebelum maghrib & malam).

-
http://oneyani.blogspot.com
so aku gune tungku moden babe!ahahah jobo gler...pakai letrik gitu..panas kan dalam bape minit...then apply je kat mane...pinggang..kaki..perot...adelah lagi nikmat bile time 'bulan jatuh ke riba'..aku nk letak tungku tu kat perot....bagi die hapuskan angin senggut yang jahat itu..dah-dah nak sambung kenikmatakan bertungku ni...owhhh panasnye...owh nikmatnye...korang ade??? -
http://suhanaoct.blogspot.com
Bertungku pun dah tak payah nak cari batu sungai lagi dah macam dulo2....takyah nak panaskan batu tungku kat atas dapur dan balut dengan daun sireh pastu baru leh bertungku...Oh no no no no..So old school uolsss... :p....Skang tidak lagi.Kini sudah ade batu tungku moden...Taraaaaa.....tungku nie senang jer nak panaskan..Pasang kat plug, tekan suiz on, tunggu 5 minit dan dah panas...Siyes semudah bace ABC...Bagi ibu2 yang tengah berpantang, sila dapatkan ia dengan segera k... -
http://pipoq.blogspot.com
Tak perlu lagi la nak bakar bakar batu lepas ni. Cuma 'cas'kan menggunakan elektrik untuk dipanaskan bantal tungkunya selama beberapa minit dan kepanasannya mampu bertahan lama hingga dua tiga jam. Selain dapat digunakan oleh isteri aku selepas bersalin nanti, bantal tungku tu banyak jugak kegunaan lainnya. -
http://blissnlunacylovers.blogspot.com
Haa..kat situ la tempat pasang plug nye..senang je..Juz switch on 3-5 minit sampai bantal tu panas. Off kan switch bila dah panas (jgn on suis lama2 plak) dan dah boleh start bertungku..panasnya boleh tahan dalam 1-2jam. Jadi tak perlu lah susah2 lagi..kita juz duduk dan switch on..dah panas juz letak kat perut! haa..kan sonang..

-
http://imaan09.blogspot.com
ini cik Ims punya, tp bes, letak kat kaki..letak kat belakang..malam2 aku cas 5-10minit..letak kt mana2 (kecuali perut laa..) smpi tertido2 ngan menda tu..cadangnya pas bersalin pun nk pakai y tu ja.. -
http://shazika.blogspot.com//
Dulu aku guna air panas yang dimasukkan dalam botol mineral tapi sekarang dah ada sejenis bantal yang lebih selesa dan selamat. Sebab kalau pakai botol mineral tu isi ngan air panas botol jadi kemek dan tersangat panas. Pakai bantal panas ni selesa siket. Cuma cas beberapa minit dah boleh bertungku dah. Senang kan. -
http://hatiblogger.com
Walaupun begitu, sempat jugak aku bertungku dalam wad. Nasib baik ada bantal tungku elektrik. At least, kurang skit nyilu dalam perut ni... -
http://nurul2209.blogspot.com
Lately ni kaki yun dah start bengkak and sengal2.. but after bertungku 10 minutes, alhamdulillah kurang sikit bengkak and sengal tuuuu... Tungku ni blh jugak gune masa berpantang nti, sng xpayah nk bakar batu, just gune letrik je.. =)

-
http://www.sissyira.com
Tahan keras dan tahan lama di ranjang. Itulah pengalaman kali pertama saya gunakan tungku elektrik. Saya cas selama 5 minit jam 12.00 malam dan gunakan di pinggang ketika tidur, besoknya, ketika bangun subuh, saya masih boleh menggunakan tungku elektrik ini kerana tungku ini masih panas. Senang kerja. -
http://ida-homelicious.blogspot.com
Pastu aku panaskan tungku moden yang aku beli lama dulu. Letak kat perut n belakang badan, baring tengok TV dengan Aniq.. Layan Anjung Seri sambil bertungku. Must be sooo heaven kan .. -
http://mamayana10.blogspot.com
Nak kenalkan 'harta' terbaru mama... hehehe.. Tungku elektrik uolllsss... hehehe.. Sekarang sejak kerap balik lewat dan makanya mandi pun lambat.. plus jangkamasa berkurung dlm aircond pun bertambah berjam2... terasa sengal badan2.. bila bertungku nih terasa lega sikit.. guna yg elektrik nih senang la uols.. takyah la mengadap batu tungku yg hitam+bau yg kurang besh.. hehehe.. cepat pun cepat..





Availability bagi setiap rekabentuk adalah bergantung kepada stok yang ada.
Setiap pembelian tungku elektrik akan disertakan dengan wayar pengecaj dan juga sarung berwarna biru - sebagai alas jika tungku terlalu panas dan pembungkus untuk mengelakkan Tungku Elektrik rosak.



![]() Hanya RM29 sahaja! Sila tebus point untuk lebih jimat. Point Produk Anda akan mendapat 29 point bernilai RM1.45. Point boleh digunakan untuk penjimatan pembelian seterusnya. Kos Penghantaran Semenanjung Malaysia : RM5 Sabah / Sarawak : Bergantung kepada kawasan Sila rujuk Panduan Umum - Penghantaran untuk maklumat lanjut. * cash-on-delivery di Skudai, Johor dan kawasan sekitar * boleh dibeli sebagai hadiah, rujuk di sini - Beli Untuk Hadiah Diskaun Jimat Lebih jimat jika anda beli lebih! 3 unit ke atas : RM25 seunit 5 unit ke atas : RM22 seunit 10 unit ke atas : RM19 seunit Harga diskaun ini hanya untuk Semenanjung sahaja! |


Bagi pembelian setiap Tungku Elektrik, anda akan menerima 2 keping Detox Foot Patch bernilai RM2, berguna untuk membuang toksin daripada badan anda.



Tempahan boleh dibuat dengan cara berikut :
- Log-in dan kemudian ikuti langkah-langkah pembelian (add to cart - shopping cart - checkout).
-
Atau bagi anda yang tidak biasa dengan sistem pembelian online, sila hantar SMS ke 019-7194049 dan taip maklumat di bawah :
tungku <bilangan> <nama> <negeri> - Atau maklumkan pesanan anda melalui e-mel ke sihatselalu.my@gmail.com atau ruangan Contact Us. Nyatakan nama, nombor telefon, alamat, produk dan bilangan.
Maklumat seterusnya (jumlah bayaran, no akaun bank) akan dimaklumkan melalui SMS/e-mel. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di panduan Cara Pembelian.



Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:











